Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

PBNJ Amalkan Perbelanjaan Berhemah Hadapi Liga-M 2016

Kuala Lumpur - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak akan terikut-ikut dengan langkah sesetengah pasukan tempatan yang dilapor membuat pelaburan besar bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2016.

Presiden PBNJ Datuk Ismail Karim sebaliknya menegaskan mereka akan memastikan bajet skuad Harimau Selatan bagi menghadapi Liga-M musim depan diuruskan secara berhemah demi memastikan kelangsungan kelab selatan tanah air itu.

"Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan memastikan Johor Darul Ta'zim kekal bersaing bersama kelab-kelab dan persatuan bola sepak kaya seperti Pahang, Terengganu, Felda United dan Selangor meskipun ia tugas sukar.

"Untuk mengekalkan daya saing tersebut, ia perlu diuruskan dengan berhemah dan menjadi tanggungjawab PBNJ untuk memastikan kelangsungan kelab tersebut," kata Ismail menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), The Southern Tigers, hari ini.