Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Kejohanan Skuasy Universiti Dunia Di Kuala Lumpur Catat Penyertaan Tertinggi

Putrajaya - Kejohanan Skuasy Universiti Dunia Kesembilan yang akan berlangsung di Kuala Kumpur minggu depan menerima penyertaan teramai dalam sejarah penganjurannya apabila 113 peserta dari 21 negara akan mengambil bahagian.

Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Hazally Jali, berkata kejohanan pada 5 hingga 11 Sept di Arena Nicol David, Bukit Jalil itu melibatkan tiga kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta berpasukan.

Antara negara yang bertanding ialah Australia, Finland, Hong Kong, Hungary, Jepun, Macau, Mongolia, Slovenia dan Afrika Selatan.

Beliau berkata pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Malaysia untuk kejohanan tersebut, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan di Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini. 

Malaysia akan diwakili tiga atlet lelaki dan dua atlet wanita pada kejohanan berkenaan.

Antara wakil Malaysia dalam kejohanan itu ialah mahasiswa Universiti Malaya, Muhammad Addeen Idrake Bahtiar dan Nazihah Hanis Abdul Razak dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.