Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Sukan Paralimpik Rio : Ganjaran Sama Seperti Atlet Normal

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menjelang Sukan Paralimpik Rio, Brazil 2016.

Ganjaran sama rata antara atlet Paralimpik dan atlet normal seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan nyata menggembirakan kumpulan atlet kurang upaya itu.

Menyifatkan sebagai pengiktirafan terbesar kepada atlet Paralimpik ia sekaligus menjadi penyuntik semangat untuk menyumbang kejayaan lebih besar kepada negara.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata ganjaran serupa wajar di berikan berdasarkan kesukaran yang sama dilalui atlet Paralimpik untuk layak ke kejohanan terbesar dunia itu.

Beliau berharap sokongan berterusan diberikan kepada atlet Paralimpik yang dianggap luar biasa.

Kumpulan 21 daripada 24 acara berlepas ke Rio pagi ini untuk mengharungi cabaran Paralimpik Rio yang akan bermula 7 hingga 18 September.

Untuk rekod, seramai 6 atlet Paralimpik dari acara Powerlifting, Olahraga dan memanah telah memenangi pingat sejak Malaysia menyertai temasya tersebut pada 1988.