Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Isu 'Pendrive' : Dakwaan Salah Laku FAM , Jamin Ambil Tindakan - KJ

Kuala Lumpur - Saya akan pastikan jika wujud salah laku, ia tidak akan disembunyikan dan tindakan akan diambil.

Itu jaminan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai isu 'pemacu pena' atau 'pendrive' yang diserahkan Tengku Mahkota Johor kepadanya.

Menurut Khairy, beliau masih belum selesai membaca isi kandungan 'pendrive'  terbabit,  dan memerlukan masa untuk menganalisis maklumat dalam pendrive yang diberikan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Johor Bahru, Jumaat lalu.

Beliau juga memberi jaminan akan memaklumkan tindakan selanjutnya kepada pihak media sebaik sahaja tindakan selanjutnya dikenal pasti.

Pendrive didakwa mengandungi maklumat mengenai salah laku dan ketirisan Persatuan Bola Sepak Malaysia - FAM, diserahkan oleh Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim,  ketika menerima kunjungan Khairy di Istana Bukit Pelangi.