Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

300 Peserta Sertai 'Kayuhan Patriotik' Di Seremban Esok

Seremban - Tiga ratus peserta akan mengambil bahagian dalam program Merdeka 'Kayuhan Patriotik' Fun Ride 2016 edisi Negeri Sembilan anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan, di sini esok. 

Pengarah BTN negeri Abu Zarin Abu Hassan berkata program yang julung kali diadakan ini bertujuan menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan Negara.

Abu Zarin berkata pada program itu, para peserta yang terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan, anggota kelab dan individu akan memakai jersi patriotik bercorak Jalur Gemilang.

Penyertaan masih dibuka dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penyelaras program Mohd Riduan Abdul Rashid di talian 017-6412423.