Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

'Million Dolar Feet' : Peluang Remaja Kembang Bakat Pemain Bola Sepak Di UK

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Atas kesedaran ingin melihat sukan bola sepak terus diberi perhatian dan dipertingkat, satu lagi program akar umbi dilancarkan.

'Million Dolar Feet' memberi peluang kepada remaja berumur 11 hingga 14 tahun, mengembangkan bakat di United Kingdom.

'Million Dolar Feet',  merupakan program pembangunan yang memastikan impian menjadi kenyataan, dan meletak nama Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

Bukan membayangi mana-mana program sedia ada, ia lebih kepada program tambahan dan berbeza yang memberi laluan lebih pantas kepada pemain-pemain yang layak untuk ke eropah.

Menerusi siri pencarian bakat itu,  5 lokasi;  Pulau Pinang, Kuantan, Kuching, Johor Bahru dan Kuala Lumpur,  menjadi medan menyenarai pendek pemain bola sepak berbakat, sebelum diakhirnya nanti 2 pemain  terbaik, bakal dibawa ke United Kingdom.

Di sana,  2 pemain itu,  akan diuji bakat dan berpeluang menandatangani kontrak bersama salah sebuah kelab terkemuka sebagai pemain profesional.

Bukan itu sahaja, setiap tempat pengujian bakat, jurulatih-jurulatih tempatan turut terlibat, yang memberi peluang kepada jurulatih yang betul-betul layak dan bagus untuk turut serta dalam program itu.

Bermula pada September ini,  mereka yang berbakat dan berumur 11 hingga 14 tahun, boleh mendaftar di www.milliondollarfeet.com.