Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Datuk Ong Kim Swee Senarai Nama Pemain Hadapi Skuad Indonesia

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, memanggil 24 pemain untuk menghadiri kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula  29 Ogos.

Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaysia menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa "A" bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Solo, Indonesia pada 6 September.

Dalam kenyataan  medianya, Datuk Kim Swee memberitahu, banyak perubahan terpaksa dilakukan berikutan masalah kecederaan dan pemain bersara.

13 pemain  tidak tersenarai kali ini termasuk enam pemain yang mengalami kecederaan dalam pemulihan iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Junior Eldstal, Fazly Mazlan, Mahalli Jasuli, Shahrom Kalam dan Christie Jayaseelan,

Manakala empat pemain yang digugurkan iaitu penjaga gol, Farhan Abu Bakar, S Chanthuru, Amirulhisyam Awang Kechik dan S Kumaahran serta tiga pemain yang bersara dari pentas antarabangsa iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal. Safiq Rahim, turut tidak disenaraikan.

Sebagai ganti, Datuk Kim Swee memanggil 13 muka baharu terdiri daripada penjaga gol Khairulazhan Khalid, S Veenod dan Adam Nor Azlin (Selangor), penjaga gol Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Saad (Perak), Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Amer Saidin dan Irfan Fazail (JDT II), Fakrul Aiman Sidid (PDRM), Ronny Harun (Sarawak), Matthew Davies (Pahang) dan Safawi Rasid (T-Team).