Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Jurulatih Bola Sepak Argentina Tidak Mahu Pasukan Bergantung Kepada Lionel Messi

  • Published in Sukan

 

Argentina - Ketua jurulatih baru skuad kebangsaan Argentina berharap pasukan bimbingannya tidak terlalu bergantung kepada Lionel Messi.

Kenyataan dibuat Edgardo Bauza selepas bintang Argentina itu meluahkan keinginan mahu bersara daripada saingan antarabangsa selepas negaranya gagal dalam kejohanan Copa America, Jun lalu.

Bauza yang berhasil memujuk Messi untuk menarik semula hasratnya berharap dapat meredakan beban ditanggung oleh pemain itu.