Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

623 Peserta Sertai Kejohanan Sukan IPGM Di Besut

  • Published in Sukan

Besut - Seramai 623 peserta daripada 18 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara akan menyertai Kejohanan Sukan Kakitangan IPGM selama dua hari pada 27 dan 28 Ogos ini di Besut.

Pengarah Program Kesukanan IPGM 2016, Sulizi Che Awang berkata kejohanan julung kali diadakan itu membabitkan tujuh jenis pertandingan yang mendapat kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Kota Putera.

Katanya, jenis sukan yang dipertandingan ialah bola sepak, bola tampar badminton, ping pong, tenis, sepak takraw dan petanque.

"Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka merasmikan dan melancarkan kejohanan tersebut pada 27 Ogos di Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), Besut," katanya kepada Bernama di sini.