Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Liga Perdana : Keputusan Perlawanan Malam Tadi

Kuala Lumpur - Pasukan JDT Dua terus mengukuhkan kedudukan apabila menang selesa di tempat lawan apabila berjaya membenam ATM FC dengan jaringan gol  3-0 di Stadium Temerloh, Pahang.
  
Manakala , PKNS FC berjaya membenamkan pasukan tercorot Liga Perdana Sime Darby FC di Stadium Selayang, Selangor malam tadi dengan jaringan gol 2-1.

Ia meletakkan PKNS FC di tempat ketiga liga dengan 39 mata, 1 mata berbeza dengan JDT 2 manakala Sime Darby kekal di tempat tercorot.

UiTM FC terus gagal mengutip sebarang mata apabila tewas 1-2 kepada DRB Hicom pada aksi di Stadium Shah Alam.

Kemenangan DRB membolehkan mereka melonjak ke tangga keenam, dibezakan dua mata di belakang Negeri Sembilan di tangga kelima.