Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Petronas Cub Prix Medan Lahirkan Pelumba Muda

  • Published in Sukan

Kemaman - Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas mampu menjadi platform mencungkil bakat pelumba muda sebagai pelapis untuk bersaing di
pentas antarabangsa.   

Pengarah Safe Aim Mutual Ron Hogg berkata, sebagai penganjur kejohanan tersebut, pihaknya sentiasa memberi sokongan dan membantu pasukan yang terpilih mengharumkan nama negara.   

"Menerusi perlumbaan seperti ini kita dapat mengesan bakat muda dan mereka yang berpotensi akan kita ketengahkan sehingga peringkat tertinggi dan bersaing dengan pelumba di pentas antarabangsa" katanya.  

Jelasnya perlumbaan yang mula diperkenalkan sejak 1994 itu telah melahirkan ramai pelumba yang beraksi di peringkat antarabangsa seperti Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayudin, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin dan Zulfahmi Khairuddin.   

Katanya kesemua mereka memulakan karier profesional dari Cub Prix sebelum terus digilap sehingga mencapai tahap tertinggi.

"Apa yang kita fokuskan ialah kualiti seseorang pelumba untuk diketengahkan.

Walaupun kita mempunyai bilangan pelumba yang ramai, kita mahu hasilkan pelumba yang berkualiti," katanya.    

Menurutnya siri jelajah Cub Prix juga membolehkan Petronas mendekati masyarakat dan setiap kali perlumbaan ia mampu menarik kira-kira 20,000 pengunjung.