Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Khairul Hafiz Sasar Cipta Rekod Baharu Lagi

Melaka - Pelari terpantas negara, Khairul Hafiz Jantan, mensasarkan untuk mencipta rekod baharu bagi acara 200 meter, seterusnya berhasrat untuk memadamkan rekod kebangsaan milik Tan Sri M. Jegathesan sejak 48 tahun lepas iaitu 20.92 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia September ini.
  
Khairul Hafiz menjelaskan beliau dan rakan-rakan sedang dalam persiapan menghadapi kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang akan diadakan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) pada 30 September ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Pada majlis tersebut, Khairul Hafiz menerima insentif bernilai RM15 ribu dari Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Dalam aksi 200 meter lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) lepas, Khairul Hafiz meraih emas buat Melaka dengan catatan 21.03 saat manakala bagi acara 100 meter, Khairul Hafiz memecah rekod kebangsaan dengan kepantasan 10.18 saat mengatasi catatan 10.30 saat milik Watson Nyambek 18 tahun lepas.