Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

PULAPOL KL Pertahan Piala Hoki Ketua Polis Negara

  • Published in Sukan

Kuantan - Pasukan PULAPOL KL mudah membenam Bukit Aman 9-2 untuk mempertahankan Kejohanan Piala Hoki Ketua Polis Negara (KPN) bagi tahun kedua berturut-turut di sini, semalam. 

Lebih membanggakan, Muhammad Razie Abd Rahim pemain nombor 17 pasukan itu dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan dengan jumlah 20 jaringan dalam lima perlawanan. 

Jurulatih PULAPOL KL, Zulkifli Omar berkata kemenangan itu hasil kerja keras pasukan yang diwakili pemain berusia antara 24 dan 43 tahun menjalani latihan dua jam setiap hari sejak sebulan yang lalu, ekoran kesibukan dalam menjalani latihan kepolisan. 

Beliau berkata selepas acara penyampaian hadiah kejohanan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Sharif di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini, semalam.