Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Tunku Ismail Cadang Rehat Dari Bola Sepak

  • Published in Sukan

Johor Bahru - Pemilik Kelab Johor Darul Takzim, JDT,  Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bercadang untuk berehat dari bola sepak, selama 1 hingga 3 tahun.

Perkara itu telah lama difikirkan, bagi baginda menjalankan tugas sebagai Tunku Mahkota Johor.

Jelas Baginda, pengurusan JDT yang ada ketika ini,  mampu untuk mengendalikan kelab itu, terus berjaya pada masa depan.

Tunku Ismail  turut menjangkakan akan berehat selepas pasukanya menjuarai liga super tiga kali berturut-turut pada musim ini,  selain selesai  saingan piala AFC.

Tunku Ismail ditemui pada sesi Dialog di Johor Bahru.

Baginda  turut melahirkan rasa kecewa terhadap penyokong JDT yang semakin kurang ke Stadium Larkin, bagi menyokong pasukan itu pada beberapa perlawanan kebelakangan ini.