Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Rio Olimpik - Usain Bolt Rangkul Pingat Emas Yang Ke-9, Pasukan Jamaica Menang 4x100 Meter Final

  • Published in Sukan

Rio De Janeiro -  Usain Bolt menamatkan karier Olimpiknya dengan kemenangan cemerlang 'tiga kali tiga pingat emas¨ dan emas yang kesembilan apabila pasukan Jamaica memenangi final relay 4x100m di Rio.

Bolt, 29, telah memenangi acara 100 meter dan 200 meter di Rio dan satu-satunya lelaki yang pernah memenangi semua tiga acara pecut pada tiga Temasya Sukan Olimpik ,di Beijing, London dan Rio De Janeiro.

Dalam acara 4x100 meter relay, beliau gabungkan dengan Asafa Powell, Yohan Blake dan Nikel Ashmeade untuk mencatat masa 37.27 saat.

Jepun memenangi perak dan Amerika Syarikat yang malangnya hilang kelayakan menyerahkan Kanada pingat gangsa.

Pada bulan Februari lepas, Bolt mengesahkan beliau akan bersara selepas Kejohanan Dunia 2017, bermakna Rio menandakan berakhirnya salah satu kerjaya Olimpik terhebat sepanjang zaman.