Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Rio Olimpik - Usian Bolt Menang Emas Lagi Dalam 200 Meter Lelaki

  • Published in Sukan

Rio De Janeiro - Usain Bolt dari Jamaica dengan larian cemerlang memenangi emas Sukan Rio Olimpik 2016 dalam 200 meter untuk ketiga kali berturut-turut dengan catatan masa 19.78 saat.

Andre de Grasse dari Kanada, menduduki tempat kedua dalam 20.02 saat untuk meraih pingat pecut keduanya dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

Christophe Lemaitre dari Perancis meraih pingat individu utama yang pertama dengan mengambil gangsa.