Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Rio Olimpik : Malaysia Menang Pingat Perak Pertama Badminton

  • Published in Sukan

Brazil - Impian untuk melihat kutipan emas pertama negara menerusi acara badminton beregu campuran musnah, apabila gandingan negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas dalam aksi final tengah malam tadi waktu Malaysia.

Meski sekadar meraih perak, persembahan menakjubkan Peng Soon-Liu Ying yang pada awalnya diletakkan selaku "underdog", namun mara hingga ke pentas akhir, sudah cukup membanggakan.

Kekalahan kepada pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 14-21, 12-21 dalam masa 45 minit menyaksikan hajat mereka memenangi pingat emas pertama negara lebur.

Bagaimanapun, Peng Soon-Liu Ying sejarah sudah pun dicipta beregu negara itu apabila muncul sebagai beregu campuran pertama yang meraih pingat di pentas Olimpik.

Di temasya Olimpik London empat tahun lalu, Peng Soon-Liu Ying gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Gangsa milik gandingan China, Zhang Nan-Zhao Yun Lei selepas menumpaskan rakan senegara Xu Chen-Ma Jin dalam aksi penentuan tempat ketiga.