Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Rio Olimpik - Azizulhasni Menang Gangsa Dalam Acara Keirin

  • Published in Sukan

Rio De Janeiro - Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat  pingat gangsa untuk Malaysia menerusi acara keirin pada Sukan Olimpik Rio.

Dalam pusingan akhir yang dramatik, perlumbaan lapan pusingan itu terpaksa dimulakan semula dua kali selepas pelanggaran teknikal oleh penunggang dan pada permulaan ketiga, Azizulhasni mengetepikan juara dunia dari Jerman, Joachim Eilers, untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Penunggang berusia 28 tahun yang berpusat di Melbourne itu melintasi garisan penamat untuk meraih gangsa di belakang juara bertahan Jason Kenny dari Britain dan Matthijs Buchli dari Belanda.