Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Lebih 7,000 Dijangka Sertai Mybuddies Run #Sehatisejiwa Ahad Ini - KP Penerangan

Kuala Lumpur - Lebih 7,000 peserta dijangka menyertai larian "myBuddies Run #sehatisejiwa" yang akan diadakan Ahad ini di Persiaran Flora, Cyberjaya bermula seawal 6 pagi.

Pengerusi  Jawatankuasa Media dan Publisiti sambutan Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2016 Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata program berkenaan diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016. 

Ibrahim yang juga Ketua Pengarah Jabatan Penerangan berkata kepada Bernama sebanyak tiga kategori diadakan bagi "myBuddies Run" iaitu 3, 5 dan 10 kilometer yang menawarkan hadiah wang tunai serta trofi berjumlah lebih RM13,000.

Ibrahim berkata mereka boleh mendaftar melalui www.mybuddies.my atau di kaunter pendaftaran walk-in di D'Pulze Shopping Centre, Cyberjaya bermula Khamis ini hingga Sabtu dari 10 pagi hingga 6 petang.