Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Liga Perdana Inggeris(EPL) - Man U 3 Bournemouth 1 Dan Liverpool 4 Arsenal 3

London - Manchester United menang 3 - 1 atasi Bournemouth dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim baru ini.

Juan Mata membuka jaringan bagi pasukan Manchester United ekoran kesilapan Simon Francis pada minit ke-40. Wayne Rooney menanduk gol kedua pada minit ke-59 dan Zlatan Ibrahimovic menandakan kemunculan diliga bola sepak Inggeris dengan gol dari jarak 25 ela pada minit ke-64.

Adam Smith menjaringkan gol sagu hati untuk Bouremouth.

Manakala dalam perlawanan satu lagi, Liverpool berjaya atasi Arsenal 4 - 3 dalam perlawanan penuh aksi. Theo Walcott mendapat gol pertama untuk pasukan Gunners pada minit ke-31.

Philippe Coutinho menyamakan kedudukan dengan cemerlang sepakan percuma sebelum Adam Lallana menambahkan lagi satu gol pada minit ke-49 untuk Liverpool selepas rehat.

Coutinho cemerlang dengan gol keduanya pada minit ke-56 dan Sadio Mane mendapat gol lagi bagi Liverpool pada minit ke-63.

Alex Oxlade-Chamberlain menjaringkan gol solo yang cantik pada minit ke-64 untuk merapat jurang dan Calum Chambers menanduk masuk lagi satu bagi Arsenal pada minit ke-75.