Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Piala Malaysia - Selangor 4 Kelantan 1, Pahang 2 KL 1 Dan FELDA 3 Terengganu 0

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur -  Selangor kalahkan Kelantan 4 - 1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu. Gol pertama dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya menerusi sepakan penalti pada minit ke-22.

Pada minit ke-24, R. Gopinathan berjaya letak bola di jaring gol pihak lawan dan pada minit ke-27, Patrick Ronaldinho berjaya menambah gol bagi pasukan Selangor.

Pemain Kelantan, Wan Zaharulnizam dapat mendapat gol melalui sepakan penallti pada minit ke-36 dan pada minit ke-57, sekali lagi sentuhan R. Gopinathan berjaya membawa gol untuk Selangor.

Sementara Felda United berjaya kalahkan Terengganu 3 - 0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang atasi Kuala Lumpur 2 - 1.

Felda United dan Selangor yang menang di tempat pihak lawan mara kesuku akhir kempen Piala Malaysia.