Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Piala Malaysia : JDT Mungkin Tersingkir

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Johor Darul Takzim, JDT diambang penyingkiran dalam kempen TM Piala Malaysia musim ini selepas menghuni tangga tercorot kumpulan C.

Ia selepas sekadar merekod keputusan seri satu sama dengan Perak di Larkin, malam tadi.

Pertembungan kedua-dua pasukan amat dinantikan selepas situasi tegang pada pertemuan di ipoh, Sabtu lalu.

Perak hanya memerlukan tiga minit untuk didepan menerusi sepakan percuma oleh Oybek Kilichev.

Keghairahan JDT memburu gol membuahkan hasil dan pada minit ke-15, Safiq Rahim muncul penyelamat menerusi sepakan penalti.

Pengadil, Suhaimi Mat Hassan menghadiahkan penalti selepas Shahrul Mohd Saad tertampan bola dengan tangan didalam kotak penalti.

Keputusan satu sama itu meletakkan Harimau Selatan kini diposisi terbawah kumpulan C dengan tiga mata selepas empat perlawanan.
  
JDT kini turun ke tangga terakhir dengan tiga mata, dipintas PKNS FC yang mengutip empat mata selepas empat perlawanan.