Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Rio Olimpik - Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong Menang Pingat Perak

Rio De Janeiro - Gandingan penerjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menang pingat perak untuk Malaysia di Pusat Akuatik Maria Lenk. Ini merupakan pingat pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata dalam acara 10m papan anjal serentak manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata.