Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Kayuhan Lebih 1,000km Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

Kuala Lumpur - Lima belas kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) menyertai konvoi berbasikal melibatkan kayuhan lebih 1,000km bermula hari ini hingga 16 Ogos ini bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Kayuhan yang bermula dan berakhir di IJN itu akan berhenti di beberapa kawasan seperti Temerloh, Kuantan, Pekan, Johor Baharu, Pontian dan Bagan Lalang untuk memberikan ceramah kesihatan serta pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Azhari Yakub berkata objektif penganjuran itu adalah bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di samping meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan untuk kekal aktif bagi mengurangkan risiko penyakit jantung. 

"Diharap program ini bakal memanfaatkan penduduk di kawasan yang akan dilawati dalam mendidik mereka ke arah kehidupan sihat, menjaga kebersihan diri dan jantung," katanya.