Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 5:29 AM UTC, Jan 19, 2018

Susulan Insiden Kekecohan Perak Vs JDT Laporan Polis Dibuat

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Senam susulan insiden kekecohan yang tercetus selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak, malam semalam.
  
Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Perak PAFA, Datuk G Iruyanathan berkata, laporan yang dibuat Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Perak, Abdul Jamil Othman bertujuan memudahkan siasatan dapat dilakukan terhadap kejadian itu disamping mengembalikan nama baik penyokong bola sepak Perak dan persatuan tersebut.

Sementara itu, Datuk Iruyanathan mewakili PAFA turut menafikan tuduhan menerusi laman Facebooknya mendakwa kurang daripada 100 anggota keselamatan ditempatkan di kawasan stadium adalah tidak benar.

Semalam selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak, antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Perak berlaku sedikit kekecohan.

Keadaan menjadi tegang apabila kedua-dua pihak saling berbalas balingan objek keras sehingga menyebabkan beberapa penyokong kedua-dua pihak cedera termasuk seorang jurufoto media.