Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Azizulhasni, Fatehah Dan Jupha Masih Berpeluang Ke Rio - Naim

Kuala Lumpur - Tiga pelumba negara, Mohd Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa dan Jupha Somnet hanya mempunyai tiga perlumbaan lagi untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata kejohanan penting tersebut ialah perlumbaan Hong Kong World Cup Classic pada 16-17 Januari, Kejohanan Lumba Basikal Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) di Jepun pada 26-30 Januari dan UCI Track Cycling World Championships di London pada 2-6 Mac.

Pada Sukan Olimpik London 2012, Mohd Azizulhasni berada pada tempat kelapan selepas gagal mara ke peringkat akhir pecut sekaligus mengulangi pencapaian di Olimpik Beijing 2008 yang tersasar daripada matlamat pingat.

Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai 'The Pocketrocketman' juga menduduki tempat terakhir daripada lima pelumba bagi acara Keirin di Sukan Olimpik London 2012.

Manakala Fatehah terkeluar awal apabila gagal muncul antara tiga pelumba teratas dalam acara saringan Keirin. Beliau hanya menduduki tempat kelima dari enam pelumba.