Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Manchester United Atasi Leicester 2 - 1 Menang Trofi Perisai Komuniti (Community Shield)

  • Published in Sukan

 

London - Penyerang baru Manchester United, Zlatan Ibrahimovicmen berjaya jaringkan gol lewat untuk memastikan Manchester United menang 2 - 1 atas Leicester dalam perlawanan Perisai Komuniti di Wembley.

Ibrahimovic melompat tinggi pada minit ke-83 untuk menanduk bola silang dari Antonio Valencia masuk gol dalam debut rasminya yang penting dan membantu United catat rekod menang trofi 21 kali "Comunity Shield".

Jesse Lingard, meletakkan United di depan sebelum separuh masa tetapi Jamie Vardy menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.

Dalam pada itu, United, mengesahkan dalam satu kenyataan rasmi sebelum perlawanan bahawa Juventus telah diberikan pemain tengah Paul Pogba untuk menjalani ujian perubatan dengan kelab itu.