Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Kejohanan Tempur 'One Silat' Format Baharu Diperkenal

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kejohanan Tempur One Silat Championship memasuki edisi ketiga penganjuran.

Untuk penganjuran tahun ini, One Silat menampilkan format baharu dan pengenalan gelaran juara World Champion buat julung kali.

Seramai 80 pesilat dari 17 negara seluruh dunia akan bersaing dalam lima kategori bagi merebut tali pinggang kejuaraan dan wang tunai berjumlah 10,000 dollar amerika.

Antara nama besar arena sukan tempur yang akan berentap ialah Naimul Amal, Eddie Kalai selain penampilan bintang tempur profesional UFC dari Amerika Syarikat, William Richard Chope.

Presiden One Silat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yakin One Silat kali ini akan terus menaikkan populariti silat setanding disiplin lain arena sukan tempur.

One Silat World Championship akan diadakan sebanyak 4 peringkat, bermula 20 Ogos ini di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil dan acara kemuncak kejuaraan akan diadakan pada 25 Disember.