Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Formula Baharu Pembangunan Bola Sepak Malaysia Diumum Selepas 15 Ogos

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Formula baharu pembangunan bola sepak negara sekaligus menyelesaikan kemelut prestasi skuad kebangsaan akan diumumkan selepas mesyuarat EXCO Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM 15 Ogos ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, mesyuarat ringkas dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pagi tadi membuahkan hasil yang positif namun enggan mendedahkan agenda pertemuan tersebut.

Pada pertemuan ini, Khairy membentangkan formula yang dirangkanya bersama Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi memperbaiki prestasi bola sepak negara.

Rombongan FAM diketuai Datuk Afandi dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad t disertai beberapa orang exco.

Menurut Khairy beliau hanya tampil memberikan cadangan dan semua  keputusan akan diputuskan semasa Mesyuarat EXCO dua minggu lagi.

Khairy turut berharap cadangannya itu dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai masa depan FAM termasuk ketidaktentuan kepimpinan badan induk itu apalagi, presidennya Tengku Abdullah telah mengumumkan kesediaan untuk berundur.