Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

T-TEAM Perlu Cemerlang, Elak Tangga Tercorot

  • Published in Sukan

Kuala Terengganu - Pasukan T-Team perlu mempamerkan corak permainan berkualiti dan prestasi cemerlang bagi mengelakkan berada di tangga tercorot liga.

Pengendalinya Rachmad Darmawan berkata menyedari pasukan berada pada kedudukan kelapan liga, mereka perlu mencari kemenangan untuk berada di tangga yang lebih selesa.

"Kami sedar kami bukan berada di kedudukan selesa, jadi kami perlu berusaha lebih kuat untuk meraih kemenangan untuk pastikan pasukan terus berada dalam tahta liga.

"Walaupun ini bukan kerja mudah namun kami perlu bangkit dan berusaha mempamerkan yang terbaik," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Dalam pertemuan bersama pasukan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi Skuad The Titans berjaya menundukkan pasukan lawan 1-0.