Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Jurulatih Sarawak Susun Strategi Pecah Pertahanan Pasukan Pulau Pinang

Kuching - Ketua jurulatih Sarawak David Usop akan menyusun strategi berkesan bagaimana untuk memecah kubu pertahanan pasukan Pulau Pinang  apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Negeri pada Sabtu ini dalam saingan Liga Super.

Menurut David, pasukan Pulau Pinang akan menggunakan formasi 4-4-1 apabila beraksi di tempat  lawan menyebabkan pertahanan mereka cukup kental.

"Kami akan mencari strategi bagaimana untuk mengatasi formasi mereka," kata David ketika  ditemui selepas perlawanan menentang Terengganu di Stadium Negeri di sini malam tadi.

Sarawak berjaya menewaskan Terengganu 2-1.

Beliau berkata pasukannya perlu menewaskan Pulau Pinang untuk mengutip mata penuh, sekali  gus memperbaiki posisinya dalam Liga Super.

Sarawak kini berada pada kedudukan kelapan Liga Super dengan 18 mata hasil daripada 16 perlawanan, iaitu lima menang, tiga seri dan lapan kalah.