Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Liga Super 2016 : Kedah Menang Tipis Ke Atas Pahang

Kedah - Kedah terus mengukuhkan kedudukannya di tempat empat liga selepas menang tipis 1- 0 ke atas Pahang dalam aksi di Stadium Darul Aman.

Kedah kini mengumpul 22 mata, hanya dibezakan 4 mata berbanding Selangor yang kini menduduki tangga ke tiga liga.

Turun tanpa kelibat Liridon Krasniqi dan Thiago Agusto Fernandes, Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe meletakkan Shane Smelt dan Syazwan Zainon untuk mengemudi jentera serangan.

Perlawanan agak seimbang antara kedua-dua pasukan sehinggalah minit ke 28 apabila Kedah mendapat sepakan penalti selepas Farhan Roslan dijatuhkan pertahanan pelawat.

Shane Smelt menyempurnakan sepakan penalti untuk Kedah di depan 1-0.

Babak kedua, tiada sebarang jaringan terhasil menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.