Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Liga Perdana : Kuantan FC Tumpas Ke Atas PKNS FC Di Laman Sendiri

Kuantan - Aksi perlawanan Liga Perdana 2016 di Stadium Darul Makmur Kuantan menyaksikan PKNS FC berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Kuantan FC 3-2 .

Pada babak pertama perlawanan, PKNS FC terpaksa menunggu sehingga minit ke-45 untuk gol pendahulu menerusi Juan Manuel Corbelli yang berjaya memanfaatkan kesilapan pertahanan skuad The Seaguls' dengan rembatan terus ke gawang gol.
  
Juan Manuel Corbelli sekali lagi mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-54 selepas sepakan leretnya  gagal diselamatkan Khairul Nidzam Mohd Noor.

Ketika ketinggalan dua gol, Kuantan FA kembali mengatur gerak dan hasilnya pada minit ke-79 Abdul Malik Mat Ariff berjaya menanduk masuk gol susulan hantaran Ljubo Baranin.

Dan pada minit ke-84, gol kedua "The Seaguls' berjaya dihasilkan sekali lagi hasil tandukan Abdul Malik Mat Arif.

Ketika perlawanan seakan berakhir seri,  Juan Manuel Corbelli berjaya memastikan 3 mata berharga diraih buat Semut Merah' pada minit ke-90, hasil kealpaan benteng pertahanan Kuantan FA yang berjaya disempurnakannya untuk jaringan hatrik.

Tamat Perlawanan, Kuantan FA 2- PKNS FC 3.