Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Piala AFF 2016 : Peluang Cerah Harimau Malaya Mara Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Skuad Harimau Malaysia berpeluang cerah mara ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala AFF 2016,  yang akan membuka tirai pada 19 November.

Dalam undian berlangsung di Yangon, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama naib juara Sukan SEA 2015, Myanmar, Vietnam dan pemenang pusingan kelayakan, melibatkan Brunei, Timor Leste, Kemboja dan Laos.

Juara Piala AFF 2014, Thailand pula diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Filipina, Singapura dan Indonesia.

Untuk rekod, skuad kebangsaan pernah muncul juara Piala AFF pada edisi 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Pada 2014, Malaysia tewas di tangan Thailand menerusi agregat 3-4 selepas final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.