Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Kepulangan Kontinjen Melaka Disambut Besar-Besaran

  • Published in Sukan

Ayer Keroh - Kepulangan kontijen Melaka daripada Sukan Malaysia SUKMA Sarawak ke 18 disambut besar besaran..

Lebih lima ribu warga negeri kelahiran Hang Tuah itu meraikan kejayaan atlet mereka terutama pelari pelari pecut lelaki.

Sambutan bak wira ini berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Ayer Keroh.
 
Barisan atlet diketuai raja pecut baharu negara, Khairul Hafiz Jantan tiba pada pukul 4 petang dibawa menaiki bas Hop On Hop Off dari Plaza Tol Ayer Keroh sebaik tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang.

Sementara itu bagi Ketua Ketua Kontinjen Melaka, Datuk Ng Choon Koon, biarpun tidak berjaya mencapai sasaran 25 Emas yang disasarkan namun kejayaan Khairul Hafiz dinobatkan sebagai Olahragawan tetap memberi kebanggaan buat kontinjen negeri itu.