Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Jadual Padat Frank Bernhardt Risau

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Berbaki sebulan sahaja lagi sebelum bermulanya Kejohanan Bolasepak AFF Bawah-19 tahun, jadual Liga Malaysia yang padat sedikit merisaukan pengendali, Frank Bernhardt untuk mengumpulkan kesemua 32 pemain yang disenaraikan.
  
Namun itu tidak menjadi alasan Bernhardt untuk terus fokus dengan latihan pusat yang dijalankan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula semalam hingga 4 Ogos ini.

Hari pertama, hanya 10 pemain turun melaporkan diri dan menjalani latihan .

9 lagi pemain dipanggil untuk menjalani latihan pusat menjadikan jumlah kesemua pemain seramai 32 orang.

Kejohanan AFF bawah 19 tahun akan berlangsung di Hanoi, Vietnam bermula 11 hingga 24 September depan.

Edisi tahun lepas di Laos, skuad negara kendalian Hassan Sazali sekadar menduduki tempat keempat setelah tewas penentuan penalti 2-3 kepada pasukan tuan rumah selepas kedudukan masa penuh terikat 1-1.