Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Sukma 2016 : Khairul Dan Badrul Mahu MD Poad Dikekalkan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Keinginan yang diluahkan juara pecut terbaharu negara Khairul Hafiz Jantan serta rakan sepasukannya Badrul Hisham Abdul Manaf.

Kedua dua atlet Melaka ini mahu khidmat jurulatih mereka sekarang, Md Poad Md Kassim dikekalkan sebagai Jurulatih Peribadi.

Mengakui wujud keserasian antara mereka dengan Md Poad sepanjang menjalani latihan Khairul berharap gandingan ini dapat diteruskan.

Beliau dan Badrul ternyata selesa dengan corak latihan serta motivasi diberikan juurlatih tersebut yang dilihat sebagai suntikan terbaik untuk mengekalkan momentum pada kejohanan lain yang akan datang.

Khairul membuat kejutan dengan memecahkan rekod 100 meter berusia 18 tahun milik Watson Nyambek pada Sukan Malaysia ke 18 di Sarawak minggu lepas, manakala Badrul mendapat pingat gangsa.

Cabaran Khairul dan Badrul seterusnya ialah Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung di UNITEN pada 30 September hingga 2 Oktober nanti.