Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 21, 2018

Sukma 2016 Melabuhkan Tirainya Semalam

  • Published in Sukan

Sarawak - Sukan Malaysia, SUKMA 18 2016, melabuhkan tirainya malam tadi, menyaksikan kontijen Selangor muncul juara keseluruhan dengan kelebihan dua pingat emas berbanding tuna rumah Sarawak di tangga kedua.

Turut diumumkan, Olahragawan dan Olahragawati edisi kali ini dan penyerahan bendera kepada tuan rumah SUKMA 2018, iaitu Perak.

Selepas dua minggu berkampung, 14 kontinjen negeri termasuk Brunei Darusssalam, berpuas hati dengan temasya yang menawarkan 389 pingat emas secara keseluruhan, bagi 24 acara sukan yang dipertandingkan.

Selangor mengungguli kedudukan teratas dengan 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Ini merupakan kali kesembilan kontinjen Selangor merangkul gelaran juara Sukma, selepas melakukannya pada tahun 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2013.

Kontinjen tuan rumah memberi saingan sengit, berada di tangga kedua, dengan 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.

Terengganu yang memungut 46 emas, 41 perak dan 44 gangsa berada di tempat ketiga.

SUKMA kali ini telah menarik puluhan ribu pengunjung ke Sarawak, secara tidak langsung mendatangkan pulangan ekonomi, khususnya industri pelancongan sukan di Kota Samarahan, Miri dan Sibu yang turut menjadi venue beberapa acara sukan.

Lebih 40,000 pengunjung memeriahkan majlis penutupan bermula 8.30 malam.

Ia disempurnakan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.