Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

SRAM 2016 : Datuk Nicol Ann David Muncul Juara Sulung Kejohanan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Datuk Nicol Ann David menepati ramalan muncul juara sulung  kejohanan selepas mengenepikan saingan pemain India, Joshna Chinappa.

Kemenangan satu permulaan baik sebelum memulakan saingan musim baharu Terbuka Hong Kong bulan ini.
  
Datuk Nicol, pemain ranking ke 4 dunia ternyata terlalu hebat buat Joshna yang tewas straight set 11-6, 11-6 dan 11-4 dalam pertarungan 23 minit.

Set pertama, Datuk Nicol memulakan permainan dengan pukulan agresif ke segenap penjuru gelanggang berjaya memerangkap Joshna.

Mendahului 4-2 pada awal permainan, Joshna kemudian berjaya menyamakan kedudukan 5-5 sebelum Nicol mengutip mata demi mata sehingga menang 11-6.

Set kedua, Joshna, pemain ranking ke 10 dunia cuba bangkit namun dihampakan pukulan kemas Datuk Nicol dan tewas 6-11 dalam tempoh 10 minit.

Set terakhir, Datuk Nicol hanya memerlukan 5 minit untuk menang 11-4 sekaligus merangkul gelaran pertamanya musim ini.

Dalam perlawanan merebut tempat ketiga, pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy berjaya menewaskan pemain New Zealand, Joelle King 11-4, 8-11, 9-11, 11-5 dan 12-10.