Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Formula 'Kembalikan Kegemilangan Bola Sepak' Bakal Dibentang Minggu Depan - Khairy

 

Batu Pahat - Formula yang dilihat bakal mengembalikan kegemilangan bola sepak, bakal dibentangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) minggu hadapan,

kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata bertindak atas kapasitinya sebagai menteri, beliau tidak boleh campur tangan sebaliknya bertindak menjadi 'pemudah cara' dalam usaha

menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan induk itu. 

"Saya kena muktamadkan formula itu, minggu hadapan saya kena bentangkan kepada Exco FAM dan saya harap mereka akan terima formula yang telah pun dapat

restu Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

 

"Saya membantu sahaja sebab ini semua perlu dapat persetujuan FAM, saya tidak boleh buat keputusan bagi pihak FAM," katanya kepada pemberita selepas

melancarkan FIT Malaysia Fasa II Johor di Stadium Batu Pahat.

Khairy berkata formula itu bakal melibatkan kesemua 'pembesar' bola sepak duduk semeja termasuk pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku

Ismail Sultan Ibrahim, dalam usaha membangun sukan itu ke satu taraf yang boleh dibanggakan.