Logo

Skuad Kriket Negara Sasar Tiga Emas Sukan SEA

Kuala Lumpur - Selain giat mempersiapkan pasukan bagi Temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan, skuad kriket lelaki kebangsaan turut menyasarkan layak beraksi di liga kriket dunia divisyen 2.

Menurut Presiden Persatuan Kriket Malaysia, MCA Mahinda Vallipuram selain tumpuan terarah kepada persiapan Sukan SEA termasuk sasaran 3 emas, memperbaiki kedudukan ranking juga turut menjadi salah satu agenda penting persatuan.

Ia bagi memastikan pasukan Kriket Kebangsaan kini kedudukan 23 dunia menjadi salah 1 pasukan disegani peringkat antarabangsa.

Malaysia dijadualkan menyertai pusingan kelayakan liga kriket dunia divisyen 3, Mac tahun depan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.