Wednesday, January 17, 2018
vital-top
updated 9:27 AM UTC, Jan 17, 2018

Olimpik Rio : Chong Wei Tekad Buru Pingat Emas

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Dua kali kecundang di perlawanan akhir sudah cukup buat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang bertekad untuk bermain habis-habisan bagi menoktahkan penantian emas pertama negara pada Sukan Olimpik.

Meski pun dijangka berhadapan Lin Dan pada separuh akhir, namun bagi Chong Wei tiada yang dapat menghalang beliau pada penampilan terakhirnya dalam temasya sukan itu.

Tambahan pula, pemain nombor satu dunia itu kini tampil lebih cergas, berbanding Olimpik London empat tahun lalu.

Sementara itu satu-satunya wakil negara dalam sukan angkat berat, Mohd Hafifi Mansor menyasarkan untuk memperbaiki catatan rekod kebangsaan miliknya.

Datuk Lee Chong Wei dan Mohd Hafifi Mansor adalah sebahagian dari kumpulan pertama atlet dan pegawai yang berlepas ke Rio untuk menyertai temasya olimpik Brazil, awal pagi tadi , diiringi Chef De Mission, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid.