Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Sukma Sarawak : Khairul Hafiz Catat Rekod Baharu 200M

  • Published in Sukan

Sarawak - Tidak sampai 24 jam , pelari pecut sensasi Melaka, Khairul Hafiz Jantan berjaya melebur rekod kejohanan yang dilakarnya pada aksi separuh akhir, semalam apabila melakukan catatan baharu 21.03 saat untuk raih pingat emas acara 200 meter, pagi tadi.
 
Bagaimanapun catatannya itu belum dapat mengatasi  rekod kebangsaan yang dicipta Tan Sri Dr M Jegathesan, 20.92s yang dirakamkan pada temasya Sukan Olimpik Mexico pada 1968.

Petang semalam, Khairul merakamkan 21.14s, pada saingan separuh akhir bagi meleburkan catatan lama 21.33s yang dicipta Nazmizan Muhamad kira-kira 14 tahun lalu pada temasya SUKMA Sabah.

Pingat perak, milik pelari Selangor Muhammad Aqil Yasmin, sementara gangsa, milik tuan rumah Jonathan Nyepa.

Ini adalah emas ketiga peribadi Khairul Hafiz dalam temasya sukma sarawak selepas berjaya mendominasi acara 100m dan 4X100.