Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Piala Malaysia 2016 : Tiga Perlawanan Bakal Berlangsung

  • Published in Sukan

Jitra - Dalam saingan Piala Malaysia, tiga perlawanan bakal berlangsung malam ini.

Kedah yang akan melayan kunjungan pendahulu Liga Super ketika ini, Johor Darul Takzim tidak akan membiarkan kekalahan kepada Pulau Pinang selasa lalu mematahkan semangat Lang Merah.

Setiausaha Kehormat, Persatuan Bolasepak Kedah, KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, kekalahan tersebut memberi pengajaran kepada pemain agar tidak melakukan kesilapan mudah yang akhirnya menyebabkan pasukan berputih mata.

Kedah kini mengungguli kedudukan teratas kumpulan A dengan 6 mata hasil dua kemenangan.

Datuk Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Jitra bercakap kepada pemberita pada majlis Jamuan Aidilfitri di Tapak Pasar Malam, Taman Sri Aman, Jitra.

Majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 pengunjung turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan kejurulatihan dan pemain skuad Hijau Kuning.