Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Skuasy Wanita SRAM : Nicol Mudah Tewaskan Pemain England

Kuala Lumpur - Datuk Nicol Ann David mudah menewaskan pemain England, Jenny Duncalf dalam aksi pembuka tirai kejohanan sulung anjuran Persatuan Raket Skuasy Malaysia, SRAM.

Datuk Nicol hanya memerlukan 24 minit untuk menang straight set 11-4, 11-4, 11-4.

Pemain nombor empat dunia ini tidak berdepan masalah untuk menguasai permainan dengan memerangkap Duncalf, rangking ke 14 dunia dengan pukulan bola kawalan gelanggang yang kemas.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain negara, Delia Arnold gagal mencatat kemenangan ke atas Omneya Abdel Kawy dari Mesir dalam pertarungan sengit 5 set.

Delia memulakan aksi dengan positif apabila menang 11-5 dalam set pertama.

Kawy, pemain rangking ke 8 dunia bingkas bangkit untuk menang set kedua dengan 11-8.

Delia mengemaskan permainannya dengan menang 11-7 dalam set ketiga sebelum tewas 7-11 dalam set ke 4.

Set penentuan, Delia yang sedikit terganggu dengan tindakan Kawy yang sering mempersoalkan keputusan pengadil perlawanan, akhirnya tewas 11-13 dalam perlawanan yang memakan masa hampir sejam untuk 5 set.