Logo

Olimpik RIo - Datuk Lee Chong Wei Mahu Fokus Pada Setiap Perlawanan

Kuala Lumpur - Pemain badminton perseorangan harapan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui laluan mudah pada peringkat kumpulan memberi sedikit kelegaan untuknya pada aksi Olimpik kali ini. 

Namun beliau tidak mahu memandang mudah kemampuan lawan kerana ingin memberi fokus pada setiap perlawanan. 

Diletakkan sebagai pilihan utama, Datuk Lee Chong Wei diundi dalam kumpulan A bersama Derek Wong dari Singapura dan Soren Opti dari Surinam. 

Biarpun pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik beliau mengakui tekanan untuk bertanding tetap ada dan ia adalah normal. 

Memperoleh pingat perak pada Sukan Olimpik 2012 di London, Datuk Lee Chong Wei bakal membawa nama negara untuk penampilan terakhirnya ke Sukan Olimpik di Rio.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.