Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Sukma : Khairul Hafiz, Badrul Hisyam Ke Final 100m

Kuching - Pelari pecut muda negara dari Melaka, Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap melangkah ke pusingan akhir acara 100 meter temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18, hari ini. 

Penentuan gelaran Raja Pecut dijangka akan berlangsung kira-kira pukul 3 petang ini. 

Khairul Hafiz yang juga juara Kejohanan Remaja Asia di Ho Chi Minh, Vietnam, layak selepas mencatatkan 10.44 saat  pada separuh akhir pertama di Stadium Sarawak, di Kuching. 

Dia yang melakukan catatan terbaik peribadi di Ho Chi Minh dengan 10.36 saat, berjanji akan melakukan yang lebih baik pada pusingan akhir petang ini. 

Manakala Badrul Hisyam pula menamatkan separuh akhir ketiga dalam masa 10.64 saat. 

Catatan Badrul diekori rapat oleh peserta tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat 10.65 saat dalam pusingan akhir kedua. 

Turut layak ke pusingan akhir ialah Md Asy Syafi'e Md Bohari dari Brunei; Muhammad Haikal Hanafi(Negeri Sembilan), Muhammad Solihin Jamali (Wilayah Persekutuan), N Nirosh Kumar (Perak) dan Muhammad Aqil Yasmin (Selangor).