Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Skuad Bola Sepak Wanita Negara, Sasar Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Yangon - Skuad bola sepak wanita negara yang menyasarkan slot ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2016 berlepas ke Yangon, Myanmar pagi tadi.

23 orang atlet dan 8 pegawai pengiring diketuai Brigadier General Dato Norhuda Ahmad, 
Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku Pengurus Pasukan yakin skuad wanita negara dapat menggunakan Piala AFF untuk memperbaiki ranking dunia yang kini pada kedudukan ke-85. 

Percaturan dan komposisi pemain juga penting bagi membentuk kekuatan dan kerjasama pasukan. 

Kejuaraan Bola Sepak Wanita AFF 2016 bakal berlangsung di Mandalay, Myanmar bermula 26 Julai hingga 4 Ogos depan.