Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Qatar Juara Kejohanan Bola Kernjang 3 sebelah Bawah 18-tahun Asia 2016

  • Published in Sukan

Cyberjaya - Qatar dinobatkan selaku juara kejohanan selepas menewaskan Filipina dalam aksi akhir kategori lelaki.

Manakala kategori wanita milik Jepun yang menewaskan Kazakhstan.

Turun ke gelanggang final selaku juara kumpulan B, Qatar tidak mengalami masalah untuk berdepan Filipina.

Kelebihan fizikal dimanfaatkan sebaiknya oleh pemain Qatar yang mudah menghasilkan jaringan.

Filipina gagal menghalang kerakusan Qatar yang bijak mengatur serangan sehingga terpaksa akur tewas, 9-21.

Malaysia selaku tuan rumah sekadar berpuas hati ditempat ketiga bagi kategori lelaki dan wanita.

Kejohanan Bola Keranjang 3 sebelah Bawah 18-tahun Asia 2016 berlangsung di Cyberjaya melibatkan 10 negara.