Monday, August 19, 2019
updated 10:06 AM UTC, Aug 19, 2019

Gael Monfils Rangkul Gelaran ATP Keenam

  • Published in Sukan

Washington DC - Pemain Perancis, Gael Monfils bangkit dari ketinggalan untuk merangkul gelaran ATP Keenamnya  dengan menewaskan Ivo Karlovic di perlawanan akhir Tenis Terbuka Citi, Washington DC. 

Monfils menang 5-7, 7-6, 7-5. 

Pemain berusia 29 tahun itu, yang tidak pernah bergelar juara sejak tahun 2014 di Montpellier, menyambar gelaran ATP pertama di luar Eropah. 

Ia juga merupakan gelaran pertama di gelanggang terbuka sejak di Sopot pada 2005. 

Selaku juara, Monfils membawa pulang hadiah utama 348,200 Dollar Amerika. 

Pemain nombor satu Perancis itu mematikan 27 servis 'ace' daripada bintang 37 tahun Croatia itu, dengan membalas semula 16 pukulan yang sama. 

Dia menamatkan penguasaan bersih 70 pukulan servis kencang Karlovic apabila pemain Croatia mengambil servis pada permainan ke-10 di set kedua. 

Monfils muncul selaku pemain ketiga Perancis memenangi mahkota Washington selepas Yannick Noah pada tahun 1985 dan Arnaud Clement pada tahun 2006.